Resepi Ikan Masak Cuka Simple Dan Mudah Dihidangkan

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat ikan masak cuka, ikan tongkol jenahak bawal nyok-nyok mahupun kembung anda boleh buat.

Cara Buat Ikan Masak Cuka Tahan Lama

Cara Buat Ikan Masak Cuka Tahan Lama

Ikan masak cuka ini mempunyai rasa masam-masam dan ia amat menyelerakan. Ikan masak cuka ini juga menutupi rasa hanyir ikan apabila dimasak. 

Anda boleh membuat resepi ini dengan apa-apa jenis ikan. Kami juga telah meletakkan beberapa cadangan dalam senarai di bawah.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:
– Ikan tongkol/bawal/nyok-nyok/kembung
– Bawang putih 7 ulas (kupas kulit sahaja)
– Bawang merah kecik 10 biji (kupas kulit sahaja)
*Pakai bawang besar 3 biji jika tiada (dipotong) 
– Biji sawi 1 sudu kecil
– Halia 2 inci (dihiris)
– Cili api
– Sedikit kunyit
– Cuka 5 sudu besar (boleh ubah suai)
– Timun
– Tomato

Cara-Caranya:
– Lumur ikan dengan kunyit dan garam

– Goreng ikan macam biasa

– Angkat dan ketepikan

– Panaskan minyak

– Tumis bawang, halia, kunyit dan biji sawi sampai naik bau

– Masukkan air dan cuka

– Boleh ubah suai jika anda mahu masam lebih atau kurang

– Nak berkuah banyak atau sikit

– Masuk timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit. 

– Masukkan tomato.tutup api.

Rujukan :

– Murni Rahmat

Share² lah yerr..

Leave a Comment