Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Ini merupakan cara dan resepi untuk membuak ikan cencaru sumbat bakar, bukan versi sumbat kelapa tapi cili

Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Ikan Cencaru Sumbat ini mempunyai isian yang banyak. Rasanya juga pedas sedikit. Boleh cuba kalau nak rasa kesedapannya, kalau gina periuk ajaib pun boleh.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak ikan ini. 

Bahan dan cara-cara memasak:

– Ikan cencaru. Belah atas belakang ikan itu kiri dan kanan. Cuci bersih-bersih.
Letak garam & kunyit sikit

– Untuk sambal, letak 5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih,1 biji bawang besar, lada kering, cili padi ikut rasa nak pedas banyak mana, sedikit belacan, gula melaka separuh letak tadi, pastu garam, gula, asam keping pun separuh je tadi (sekeping potong 2 asam)

– Kisarkan bahan tadi. Gula melaka & asam keping nanti letak semasa masak dalam kuali. 

– Perasa masin manis & tumis sampai agak kering & pekat

– Baru letak dalam ikan kiri & kanan dan bakar

Rujukan :

– Zatiey Aqmal

Share² lah yerr..

Leave a Comment