Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Bercili Padi Petai

Jom cuba cara dan resepi untuk membuat ikan cencari masak kicap, ditambah pula bersama cili dan petai, memang terangkat kalau kena.

Cara Buat Ikan Cencaru Masak Kicap

Cara Buat Ikan Cencaru Masak Kicap

Ikan cencaru bakar adalah masakan paling fevret, kalini jom cuba buat Ikan Cencaru Kicap Bercili Petai pulak. Anda boleh masakkan hidangan ini untuk dijadikan lauk nasi ketika makan tengahari atau makan malam. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

– Bawang merah (dikisar)

– Bawang putih (dikisar)

– Cili padi thai (dikisar) 
(Sesiapa yang tak makan pedas, boleh ganti dengan cili padi akar)

– Buah keras (ditumbuk)

– Petai

– Bawang holland atau bawang merah besar (hiris)

– Kicap ABC (mesti ada

– Kicap manis (tidak kisah apa jenama)

– Garam secukup rasa.

Cara-Cara:

– Mula mula goreng ikan cencaru dan ketepikan

– Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi, tumiskan bawang merah dan bawang putih. 

– Garing dan wangi masukkan cili padi. Biar garing , nak tahu garing, dia keluar minyak. 

– Masukkan buah keras .

– Dah garing, tuangkan kicap ABC (mesti ada) dan kicap manis Kipas Udang (brand lain juga boleh digunakan, tapi mesti kicap manis ) 


– Masukkan petai dan bawang holland di hiris .

– Garam secukup rasa dan siap.

Rujukan :

– Amelia Tamby Hussein