Resepi Ikan Celup Tepung Rangup

Ini adalah cara dan resepi ikan goreng celup tepung rangup, nak cuba boleh ikut proses membuatnya di bawah

Cara Buat Ikan Celup Tepung

Cara Buat Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung, dengan rasa yang sedap, manis dan segar, masakan ini menjadi lauk pilihan di kalangan orang Malaysia setiap kali mereka menjamu selera, ditambah pula kalau dikenakan bersama sambal belacan fuh bertambah sedapnya.

Selalunya ikan celup tepung ini boleh saja didapati di mana-mana restoran masak Melayu, tetapi jika ingin anda mencubanya di rumah anda boleh ikut resepi ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

– 1 kampit @ 500 gm tepung beras Cap 2 Gajah. 

– 2 biji telur

– 1 cawan air ais

– 1 kiub pati ikan bilis

– 1 sudu kecil gula

– 1 sudu besar air kapur makan yang jernih

– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

– Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara:

– Campur sebati semua melainkan air ais. 

– Baru add air ais sedikit demi sedikit. 

– Bancuhan hendaklah jangan cair sangat. 

– Celup ikan dan goreng

– Maktam goreng satu-satu elok kejadiannya.

Rujukan :

– Mak Tam Mai Maisha