Resepi Ikan Bawal Asam Pedas Sedap Untuk Dihidangkan

Ini adalah cara dan resepi ikan bawal asam pedas padu dan sedap, boleh cuba dengan ikuti langkah yang diberikan ini

Cara Buat Asam Pedas Ikan Bawal

Cara Buat Asam Pedas Ikan Bawal

Kalau makan tengahari makan nasi kosong saja, memang tidak puas. Oleh itu eloklah anda temankan nasi dengan masakan ikan bawal asam pedas ini. Anda boleh gunakan resipi yang diberi ini. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk memasak resepi ini.

Bahan-Bahan kisar :

– 3/4 biji bawang besar

– 6-7 ulas bawang putih

– Kunyit hidup sebesar ibu jari

– Halia sebesar ibu jari

– Belacan 

Bahan-Bahan lain :

– Terung @ kacang bendi

– Daun kesum

–  Garam / serbuk perasa

– 1 Sudu besar gula

– Air secukupnya

– 1 sudu kecil jintan manis

– Segenggam asam jawa di ramas2 dgn 2 cwn air utk di jadikan jus.. 

– Serbuk lada hitam 

– Sedikit halba ( takde pun takpe)

– 1 sudu besar serbuk kari ikan babas..

**Kalau anda buat asam pedas daging, gantikan dengan serbuk kari daging babas..

– Cili kisar dari 30 tangkai cili kering.. 

– Kalau agak-agak tidak cukup pedas , anda boleh lebihkan sedikit 

– Ikan lain pun boleh mcm pari, tenggiri, mayong, duri, kembong.. jgn guna ikan bilis sudah.. kekeke

Cara-Cara:

– Mula-mula , terung tadi korang basuh dan potong la sesuka hati korang..

– Kemudian, kisar bahan-bahan kisar bersama rempah jintan manis dan sedikit air..

– Langkah seterusnya,  panaskan minyak secukupnya.. 

– Minyak jangan sikit sangat kerana nanti tumisan bahan-bahan tidak nampak menarik..

–  Dan jangan terlebih banyak minyak keranan nanti berkuahkan minyak pula.

– Bila minyak dah panas,  masukkan halba.

– Seterusnya,  tuang bahan-bahan yang dah dikisar sebati tadi, tumis sampai naik bau.

– Masukkan cili kisar dan masukkan serbuk kari ikan dan gula.

– Tumis sampai naik minyak

– Api jangan kuat sangat

– Pastu bila dah pecah minyak, tuang jus asam jawa td.. segala biji dan hampas2 jgn di masukkan pulak..

– Tambahkan lagi air secukupnya ikut citarasa kepekatan atau kecairan yg korang nak.. agak2 dlm 2 cawan pun okey kot..

– Langkah seterusnya,  masukkan le ikan2.. 

– Masukkan garam / serbuk perasa

– Masukkan daun kesum..

– Api kena sederhana besar je masa ni sbb taknak ikan tu hancur lak bila overcook..

– Tambahkan serbuk lada hitam ikut byk mana korang nak.. agak2 1 sudu kecil pun dah okey..

– Biarkan merenih seketika

– Setelah di biarkan dalam 10 minit gitu barulah masukkan terung.. 

– Masak lagi dalam 5 minit je.. agak2 terung tu dah nmpk empuk sila tutup api dapur..

Rujukan :

– Norkumala Mohamed 

Share² lah yerr..

Leave a Comment