Resepi Hokkaido Cheese Sukatan Cawan (Cupcake)

Ini adalah cara dan resepi hokkaido cheese versi cupcake, nak try buat sendiri boleh cuba langkah ditunjukkan di bawah

Cara Buat Hokkaido Cupcake Cream Cheese

Cara Buat Hokkaido Cupcake Cream Cheese

Seringkali anda akan ternampak kedai Hokkaido Cheesecake ini di dalam mana-mana pasar raya besar. Sudah pasti anda teringin memakan pelbagai jenis kek yang disediakan di situ. Mari cuba buat dengan mengikuti resepi yang dikongsi Shai Anne Ahemed.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Hokkaido Cupcake Cream Cheese.

Bahan-Bahan:

– 5 biji telur kuning saiz B
– 5 biji telur putih saiz B
– 75 gm gula (bahagi 2, satu 35gm satu lagi 40gm)
– 1st esen vanila (tak letak pun tak apa)
– 110 gm tepung superfine /tepung nova
– 100 ml susu fresh milk 
– 60 ml minyak masak

Cara-cara :
– Pukul telur putih hingga kembang. Masukkan 40gm gula kastor. Pukul hingga soft peak (keras & tak jatuh).
– Satukan 35gm gula + kuning telur + 1st esen vanilla. Mix sebati.
– Masukkan susu + minyak, mix sebati.
– Masukkan tepung mix sebati. (saya guna mixer)
– Last sekali campurkan adunan kuning telur dan putih telur gaul dengan senduk sehingga sebati. Jgn guna mixer ok
– Tuang dalam cup penuh & bakar pada suhu 180c atau ikut suhu oven masing2 & masak.

RESEPI CREAM CHEESE LELEH
– 125gm cream cheese tatura – nak sedap lagi guna philidelphia
– 100gm susu pekat manis – kalau kurang manis boleh tambah lagi tapi ok dah ni
– 3 sudu besar fresh milk

Cara-cara :
– Mix cheese + susu pekat hingga sebati.
– Masukkan fresh milk dan mix sebati.
– Selamat mcuba..

Rujukan Resipi :

– Shai Anne Ahemed

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of