Resepi Hati Lembu Masak Jintan Mudah & Sedap

Tak tahu nak buat apa dengan hati lembu, boleh try buat hati lembu masak jintan dengan cara dan resepi ini

Cara Buat Hati Lembu Masak Jintan

Cara Buat Hati Lembu Masak Jintan

Orang-orang utara mesti biasa makan hati lembu masak jintan. Makan dengan nasi minyak boleh, nasi putih pun boleh. Pasti puas nikmat memakan nasi dengan lauk ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Hati Lembu Masak Jintan.

Bahan-Bahan:

– 1 kg hati lembu
– 5 biji bwg besar*
– 2 inci halia*
– 6 ulas bawang putih*
– 1 btg kayu manis
– 2 sdm serbuk jintan manis
– 2 sdm serbuk jintan putih
– 1 sdm serbuk ketumbar 
– 1 sdm serbuk kunyit
– 1 sdm lada hitam yg ditumbuk
– 2 keping asam keping
– Garam,gula pak aji secukup rasa 
– Bawang holland dn cili padi

Cara-Cara:

– Blend bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.

– Masukkan serbuk jintan manis, putih, ketumbar dan kunyit tambah 1/2 cwn air masak hingga mengelegak

– Masukkan hati, gaul sebati, kemudian masukkan asam keping, kalau nak berkuah tambah sikit sahaja air

– Kemudian masukkan lada hitam dan imbangkan rasa.

– Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili padi masak sampai pecah minyak

– Siap!

Rujukan Resipi :

– Zatulnahain Ahamad