Resepi Hati Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang Sedap

Ini adalah cara dan resepi hati ayam goreng kunyit bersama kacang panjang, mudah untuk dimasakan.

Cara Buat Hati Ayam Goreng Kunyit

Cara Buat Hati Ayam Goreng Kunyit

Bagi penggemar makan organ, hati ayam adalah salah satu menu wajib anda cuba masak, sebelum ini kami ada berkongsi resepi hati lembu, kali ini try masak versi ayam pulak bersama kacang panjang, cili dan bawang.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk memasak hati ayam goreng ini.

Bahan-Bahan:
– Hati dan pedal ayam- gaul garam dgn kunyit
– Cili merah- dihiris
– Bawang besar – dihiris
– Daun bawang
– Kacang panjang
– Cili padi
– Air asam jawa
– Garam secukup rasa
– Minyak secukupnya

BAHAN KISAR
– Bawang besar
– Bawang merah
– Bawang putih
– Halia
– Kunyit hidup/kunyit serbuk
– Lada hitam
– Cili merah @ cabai besar

Cara menyediakannya:
– Gaul hati dan pedal ayam degan garam dan serbuk kunyit.

– Panaskan minyak dan goreng hati n pedal ayam hingga masak, saya biarkan hingga hati tersebut agak garing. Angkat dan ketepikan.

– Biarkan hnya sedikit minyak yg digunakan mggoreng hati tadi panas di dlm kuali utk menumis pula.

– Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, pastu masukkan hati dan pedal ayam, gaul bagi sebati

– Masukkan air asam jawa sedikit dan kacang panjang dan masak bg layu sikit.

– Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar, kacau rata, masukkan garam secukup rasa.

– Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api, siap utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Rujukan Resipi :

– Juma Natull

Share² lah yerr..

Leave a Comment