Resepi Gulai Udang Utara Padu Sedap

Anda seorang penggemar masakan udang? Jika anda teringin makan gulai juga, anda bolehlah cuba memasak gulai udang utara ini dengan mengikuti resepi Leesa Aleef ini.

Gulai udang adalah sejenis masakan yang berasa pedas, berair dan kaya dengan perisa. Selalunya ia dimasak menggunakan ayam, daging, ikan, sayur, ataupun daging kambing.  Pada hari ini, resepi ini akan mengajar anda bagaimana untuk memasak gulai udang utara.

Pihak Viramon ingin kongsikan resepi Gulai Udang Utara ini kepada anda.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat gulai udang.

Bahan-Bahan:
– 500gm udang dibersihkan
– Sebiji bwg besar~dihiris
– 3 ulas bwg putih~dihiris
– Halia sebesar ibu jari~dihiris
– Sedikit daun kari
– Rempah kari daging baba’s sepeket kecil
– Rempah kari ikan/udang pedas baba’s sepeket kecil
– 2 sudu besar kerisik
– Kacang buncis dipotong2 ikut banyak mana yg suka.
– Cili potong dan tomato jika suka
– Santan pekat secawan
– Sedikit air asam jawa
– Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara:
– Tumis bahan yang dihiris bersama daun kari smpai kekuningan.

– Kecilkan api dapur, masukkan kedua dua serbuk kari, kacau cepat-cepat.

– Masukkan secawan air, masak sampai pecah minyak dengan api sederhana.

– Bila sudah pecah minyak, masukkan kerisik dan sedikit air asam jawa, kacau sebati, biar pecah minyak lagi.

– Masukkan santan pekat dan sedikit air, biar mendidih seketika.

– Kemudian, masukkan udang dan kacang buncis.

– Masukkan garam dan ser.perasa jika suka.

– Biar mendidih seketika, rasa, tambah apa yg patut.

– Jika pekat tambah sedikit air panas.

– Last masukkan tomato dan cili potong

– Tutup api.

– Siap dan hidang.

Rujukan Resipi :

–  Leesa Alif 

Share² lah yerr..

Leave a Comment