Resepi Gulai Kawah Daging Sedap Dan Simple

Ini adalah cara dan resepi gulai kawah daging padu sedap rasanya, boleh buat untuk kenduri atau makan bersama sanak saudara.

Cara Buat Gulai Kawah Daging

Cara Buat Gulai Kawah Daging

Gulai Kawah Daging  adalah sejenis masakan yang tidak begitu pedas, berkuahdan kaya dengan perisa. Ia dimasak dengan daging menggunakan kawah.  Ada macam-macam versi ada yang utara ada yang kelanta (pantai timur) tapi caranya lebih kurang sama je.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Gulai Kawah Daging.

Bahan 
– 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
– 2 s/b kerisik
– 2 cawan santan pekat
– 2 s/b gula merah/perang 
– 2 keping asam keping
– Minyak
– Garam

Bahan Mesin 
– 20 tangkai cili kering
– 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
– 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
– 7 ulas bawang merah
– 1 labu bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 3 cm halia
– 2 cm lengkuas

Bahan tumis 
– 2 cm kulit kayu manis
– 3 kuntum bunga cengkih
– 2 kuntum bunga lawang
– 3 biji buah pelaga

Cara.
– Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
– Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
– Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
– Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
– Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
– Bila dah pekat, taraaaaaaaa dah siap 

Rujukan Resipi :

– Tie Kemaman

Share² lah yerr..

Leave a Comment