Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Sedap

Gulai ikan tongkol ini boleh dikenakan bersama nasi dagan, biasanya popular di kelantan dan terengganu, nak cuba boleh cuba cara dan resepi ini.

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol

Pada hari ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk memasak gulai ikan tongkol. Cara membuat gulai tongkol ini tidaklah susah. Namun, ia pasti berbaloi dibuat apabila anda dapat menikmati gulai ini dengan hidangan-hidangan anda yang lain.

Kalau nak cuba versi ikan tongkol masak sambal pun boleh ini lebih kepada yang minat pedas.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak resepi ini. 

Bahan A:
– Sekor ikan tongkol /aye potong2 ikut suka la ketebalan mcm mana uols suka
– 3 keping asam keping
– 1 cawan air
– Sikit garam 
– 1 potong lengkuas

Bahan B:
– 1 biji bawang besar *
– 3 ulas bawang putih *
– 2 inci kunyit hidup *
– 1 inci halia *
– 2 potong lengkuas *
– 1 sudu kecik ketumbar biji *
– 10-15 biji cili kering *

Bahan C:
– 2 sudu besar minyak masak
– 1 sudu besar serbuk kari ikan
– 1/2 cawan santan pekat
– 1 cawan santan cair
– 1 genggam cili padi
– Garam & perasa secukupnya
– 1/4 keping gula nisan (nisse)

Bahan D: optional
– 1 batang timun potong besar2
– 4,5 biji lada solok

Cara-Cara:
– Cuci bersih ikan, rebus semua bahan A sampai mendidih dan ikan masak. Sejukkan dan biarkan semalaman bg rasa lebih mesra
– Esoknya, baru kita masak gulai
– Kisarkan semua bahan B – yg bertanda * tu. Guna air sikit je ya
– Panaskan kuali/periuk, masukkan minyak masak dan bahan B yg dikisar tadi. Tumis sampai wangi dan naik bau. Tambah sikit air kalau agak kering
– Masukkan air rebusan ikan tu, isi ikan jgn masuk dulu, kacau2 kejap air rebusan sampai mendidih, kecikkan api dan masukkan isi ikan, dan bahan2 C yg lain. Biar masak dgn api yg sederhana kecik je sampai mendidih
– Masukkan timun & lada solok, biar sekejap boleh tutup api

*kalau tanak tumis boleh masuk je semua bahan dlm periuk & masak dgn api perlahan, kacau2 selalu sampai pecah minyak

Rujukan :

– Azie Surip