Resepi Gulai Darat Ayam Sesedap Rasa Untuk Santapan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat gulai darat ayam bersama kentang dan cili, nak try buat boleh cuba ikuti langkah dibawah

Cara Buat Gulai Ayam Darat

Cara Buat Gulai Ayam Darat

Gulai darat ayam biasanya ia akan dimasak dengan ayam, dicampuri bersama pelbagai jenis sayur dan cili untuk menambahkan rasanya. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat gulai ini.

Bahan-Bahan:

– 1/2 kg ayam (bersih dan toskan)
(klu agak nk masak dlm portion kecil maka kecilkan bahan2 yang lain ya)
– 6 ulas bwg merah*
– 2 ulas bwg putih*
– Seinci halia*
– Setengah inci lengkuas*
(BLENDER SEMUA BAHAN *)
– 1 sudu kecil ketumbar (di tumbuk ) 
– Setengah keping gula melaka
– Sepeket kecil serbuk gulai darat (pok kelate panggil awah 😉 )
– 2 keping asam keping
– Sedikit garam 
– Sekotak santan kotak kecil
– 1 sudu kecil kerisik
»Lada besar & kentang utk bahan tmbhn
»Satu sudu besar lada giling utk efek gulai jadi kemerah-merahan
»2helai daun pandan utk efek gulai jd wangi (rahsia mak saya…mmg ummmphhhh)

Cara-cara:
– Gaul ayam dengan bahan blender, serbuk gulai darat.

– Masuk sekali asam keping, gula melaka, ketumbar, kerisik dan lada giling. 

– Mesrakan mereka dalam periuk dan masukkan air agak-agak tenggelam ayam. 

– Panaskan atas dapur sehingga mendidih dan ayam empuk. 

– Masukkan santan, kentang/lada besar, garam dan tunggu seberapa ketika

Siap!

Rujukan Resipi :

–  Sri Murni Mohamed

Share² lah yerr..

Leave a Comment