Resepi Gulai Ayam Sedap Untuk Dimasak

Mahu makan nasi dengan gulai tapi tak tahu cara membuat gulai? Anda bolehlah cuba resepi ini yang dikongsikan Arieza Rieza.

Gulai ini baik dimasak dengan ayam, daging mahupun ikan. Ia amat sesuai untuk dimakan sekali dengan nasi putih atau pun nasi lemak. Mana-mana saja kedai, sudah pasti akan ada kuah gulai ini. Jika anda berselera untuk makan nasi dengan gulai, cubalah buat gulai dengan resepi ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk memasaknya. 

Bahan-Bahan:
– Ayam cuci bersih-bersih dan digoreng separuh masak 
– Bawang kecil*
– Bawang putih*
– Halia dimayang*
– Bunga lawang*
– Bunga cengkih*
– Kulit kayu manis*
– Daun kari*
– Serbuk kari ayam 5 sudu makan
– Kerisik
– Lada hijau
– Daun ketumbar
– Air
– Garam gula perasa

Cara memasak :
– Panaskan lebihan goreng ayam kemudian tumis bahan yang bertanda *.tumis sehingga wangi.
– Dah wangi masukkan rempah sedikit air ayam n ubi kentang

– Biarkan  sehingga masak dan empuk

– Perlahankan api n kena kacau-kacau takut hangit nnt.
– Dah siap semua masukkan ke semua bahan-bahan lain n tggu sehingga masak.biar seketika saja..kalau ada yg nak kuah boleh tambah air lagi..
Dah siap boleh hidang

Rujukan :

– Arieza Rieza

Share² lah yerr..

Leave a Comment