Resepi Gado-Gado Jawa Indonesia Simple & Sedap

Suka makan masakan dari Indonesia? jom try buat gado-gado dengan cara dan resepi yang ditunjukkan di bawah ini.

Cara Buat Gado-Gado Jawa Sedap

Cara Buat Gado-Gado Jawa Sedap

Gado-gado, ataupun lebih dikenali sebagai lotek, adalah salad Indonesia yang mempunyai rebusan ataupun sayur kukus dan telur rebus, kentang rebus, tofu goreng dan tempeh. Ia dihidangkan sekali dengan kuah kacang

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Gado-Gado.

Gado-Gado

Bahan-Bahan :

– Tauhu

– Tempe

– Kunyit

– Garam

– Tauge

– Sayut kangkung

– Kacang panjang

– Nasi Imput

– Telur

Cara-Caranya :

– Potong tahu,tempe saiz kecil ,perisakan dengan serbuk kunyit ,sedikit garam dan goreng

– Tauge,sayur kangkung,kacang panjang bersihkan.Kacang panjang potong saiz kecil

– Celur dalam air panas.Jangan sampai terlalu layu.Kalau layu sangat tak sedap nak makan

– Rebus nasi impit.Kalau nak tambah telur rebus pun boleh


Kuah Kacang

Bahan-Bahan :

– Bawang merah

– Bawang putih

– Lengkuas

– Halia 

– Cekur

– Cili padi merah

– Belacan

– Minyak

– Serai

– Kacang

– Air asam

– Garam

– Gula melaka

Cara-Caranya :

– Bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, cekur jangan lupa yea. Cekur ni yang buat lain.Cili padi merah.Belacan sikit.

– Sangai dengan minyak yang sikit ,bagi layu semua bahan-bahan ni.Sampai wangi.

– Berapa banyak bahan-bahan ni ikut suka uolls nak makan untuk berapa ramai.Sebab saya agak-agak je

– Kisar bahan-bahan tu semua.Tumis dengan serai yang dah diketuk yea.Tumis sampai naik minyak & wangi.

– Sediakan kacang tanah yang dah disangai dan dikisar.

– Bahan tumis dah wangi dan naik minyak masukkan kacang.Masukkan air asam sikit,garam,guna gula melaka yea baru sedap.Godak semua sambil zikir ya rahman ya rahim & selawat.

– Sediakan seperti dalam gambar tu.hehe.Hidangkan dengan keropok udang lagi sedapp sesuai la makanan ni untuk yg tengah diet..hehe
.
– Selamat mencuba.

Rujukan Resipi :

– Aisy Rose

Leave a Comment