Resepi Fish and Chip Paling Sedap Di Abad Ini

Jika anda peminat western food dan teringin nak buat fish & chip sendiri anda boleh cuba dengan cara dan resepi ini

Cara Buat Fish & Chip Sedap Dan Mudah

Cara Buat Fish & Chip Sedap Dan Mudah

Fish dan chip adalah hidangan panas yang berasal Inggeris. Ia terdiri daripada ikan bakar yang digoreng dan kepingan kentang panas. Ia adalah makanan biasa dibawa balik dan contoh terawal kuliner bergabung. Jika anda berminat, anda bolehlah cuba memasak hidangan ini. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Fish and Chip.

Untuk ikan

Fillet ikan.

– Perap isi ikan dengan garam, lada sulah selepas itu perah lemon sebelah.

Bahan-bahan untuk Goreng:-

– Kepuk telur 2 biji

– Masukkan baking powder

– Lepastu, letak ikan yang perap tu sekejap dalam 5 minit

– Nak goreng tu, celup tepung jagung dengan gandum. 

– Minyak kena betol betol panas takut tak garing dengan kembang nanti. 

Untuk Tatar Sauce

– Rebus telur dalam 3 biji.

– Apabila telah masak, lenyek telur dan letak mayonis. 

– Cincang bawang holland, bawang putih halus halus. Gaul sampai rata. 

– Yang terakhir sekali, potong daun parsley atau ketumbar sikit. Kalau ada timun jeruk masukkan sikit. Sos ini rasa masam masam tau. 

Untuk Sayuran

– Carrot, bunga kobis, brokoli. Potong ikut size yang anda mahu. 

– Kemudian biar air mendidih dan letak sayur-sayur itu. Sekejap sahaja letak. 

– Angkat sayuran dan terus celup dalam air sejuk. Nak bagi nampak fresh sayur. 

– Letak minyak sikit dalam kuali, cincang bawang putih sedikit dan gorengkan bawang. Biar nampak layu bawang. Jangan bagi garing.

– Masukkan sayur-sayur tadi. Tabur garam. Golekkan sikit. Selepas itu angkatlah. Sekejap sahaja saute sayur itu. 

– Selamat mencuba!

Rujukan Resipi :

– Shafiyana Saharuddin

Share² lah yerr..

Leave a Comment