fbpx

Resepi Ais Krim Yogurt Buah-Buahan Sedap

Ini adalah cara beserta resepi untuk membuat ais krim yogurt buah, jom cuba buat sendiri untuk dimakan ketika musim panas

Cara Buat AisKrim Yogurt

Cara Buat AisKrim Yogurt

Semua tahu apa itu ais krim. Keenakan sejuk ini telah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi. Ia juga boleh dibuat dengan pelbagai jenis perisa untuk menepati pelbagai cita rasa orang. 

Jika anda buat ais krim dengan sendiri, anda bolehlah juga gunakan apa-apa bahan untuk memuaskan cita rasa anda dalam ais krim.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Ais Krim Yogurt.

Bahan-Bahan:

Anggaran 45-50pcs bekas dadih 150ml

• Natural yogurt 500g
• Overlate 1 sudu besar
• Whipping cream 1kg 
• Full cream milk 500ml
• Susu pekat 1 tin
• Paste lemon 1 sudu kecil
• Filling ( perisa untuk eskrim)
• Buah2 segar ikut perisa (filling)
• Pipping bag untuk memudahkan nak isi dlm bekas
• Bekas eskrim

Cara-Cara:
• Campurkan whipping cream, paste lemon, overlate. Pukul sampai kental.

• Kemudian masukkan yogurt, susu pekat (kurangkan jika anda tidak mahu manis sangat) dan fresh milk sampai sebati 

• Masukkan adunan dalam pipping bag. Filling juga dimasukkan dalam pipping bag ikut perisa. 

• Kemudian masukkan dalam bekas ais krim selang selikan adunan dengan filling.

• Akhir sekali hiaskan dengan buah-buah segar ikut perisa

• Simpankan dalam peti beku 24jam atau sampai betul-betul beku.

Rujukan Resipi :

– Liana Che Omar

Leave a Comment