Resepi Eclair Sukatan Cawan Bersama Coklat Sedap

Bagi anda yang nak cuba buat biskut eclair boleh cuba ikut cara dan resepi ini, step by step ditunjukkan sekali dibawah

Cara Buat Biskut Eclair Sedap

Cara Buat Biskut Eclair Sedap

Eclair adalah sejenis pastri berbentuk oblong. Ia selalunya diperbuat dari adunan choux, diisikan dengan cream dan diletakkan icing coklat di atas. Untuk kali ini, resepi ini akan mengajar anda bagaimana untuk buat Eclair.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Eclair.

Bahan-Bahan Puff Eclair :
• 300 ml air
• 160g butter
• 2 sudu besar gula 
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 1/2 sudu kecil garam
• 160g tepung gandum
• 4 biji telur gred B pada suhu bilik

Filling Coklat :
• Coin chocolate milk compound 
• Whipping cream 
• Sukatan yang diguna adalah ratio 2:1 iaitu dengan menggunakan sukatan cawan, 2 cawan chocolate compound , 1 cawan whipping cream
• Guna kaedah double boil
• Kemudian sejukan.

Cara-Cara :
• Panaskan air & butter dlm periuk hingga cair

• Masukkan gula, esen vanilla & garam. Kacau hingga sebati

• Masukkan tepung kacau hingga adunan tidak melekat di periuk

• Angkat ke tepi & sejukan agak-agak suam.

•  Kemudian masuk adunan dalam mixer, masukan telur dan pukul kelajuan sederhana hingga sebati, kalau tidak ada mixer, pukul dengan senduk kayu dengan laju sehingga sebati

• Masukkan adunan dlm piping beg xperlu guna nozzle ya..potong hujung piping beg anggaran lubang size duit 5 sen utk dpt size mcm sy bt tu

• Piping atas loyang agak2 pnjg jari tgh kita

• Renjis air sikit kat adunan piping tdi utk bg dia naik msa bakar..bakar oven suhu 200 darjah masa 25 minit @ ikot oven masing2.

• Jangan buka oven semasa membakar, nanti eclair turun kepek

• Sejukan eclair kemudian masokkan filling. Untuk masukan filling terdapat 2 cara, 1 belah atas eclair atau tebuk lubang di bawah

• Guna tebung lubang bawah. Buat 3 lubang, cucuk guna hujung chopstik di bahagian hujung halus. Potong piping beg lubang agak-agak boleh picit ke dalam lubang tersebut.

• Filling itu boleh diguna untuk mencantikkan bahagian atas eclair

• Cantikkan eclair mengikut kreativiti sendiri kemudian bedakkan sikit gebu-gebu dengan icing sugar

• Filling boleh juga ditukar dengan filling kastard juga.

Rujukan Resipi :

– Mazliyani Abu Bakar

Share² lah yerr..

Leave a Comment