Resepi Cucur Udang Rangup di Luar dan Lembut Di Dalam

Ini adalah cara dan resepi cucur udang rangup gebu dan mudah untuk dibuat, bleh dicicah bersama kuah kacang, nak cuba boleh ikuti langkah-langkahnya dibawah

Cara Buat Cucur Udang Sedap

Cara Buat Cucur Udang Sedap

Cucur udang adalah hidangan udang yang disaluti tepung dan digoreng minyakmasak. untuk membuatnya tidaklah terlalu susah, sesuai dimakan di waktu petang sebagai makanan suji, dikenakan pula bersama kuah kacang memang sedap.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang digunakan resepi ini untuk memasak cucur udang.

Cuci Bersih Tanpa Membuang Kulit

Cuci Bersih Tanpa Membuang Kulit

Bahan-bahan:
– Tepung gandum 1/2kilo (tak kisah cap apa)

– Serbuk kunyit sedikit ( jika perlu )

– Garam secubit

– Gula 2 sudu besar

– Telur 1 biji

– Sedikit serbuk soda bikarbonat

– Daun Kuchai

– Taugeh

– Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit,kepala dan ekor seperti dalam gambar dibawah

Adunan Tepung

Adunan Tepung

Cara-cara membancuh adunan tepung:
– Campur semua bahan-bahan bertanda ** 

– Gaul-gaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung

– Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai,togel dan udang

– Gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam

– Setelah cukup tempoh perapan bolehla di goreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat

– Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan

– Toskan setelah masak

Cara Buat Kuah Kacang

Cara Buat Kuah Kacang

Bahan-bahan untuk kuah kacang:
– Setengah kilo kacang tanah yg di goreng tanpa minyak atau disangai,buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur
*15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang
*Bawang besar 1 labu
*Bawang putih 2 ulas
*Serai 1 batang

Cara-cara membuat kuah kacang:
– Kisar semua bahan-bahan bertanda** 

– Kemudian masukkan minyak kedalam periuk untuk menumis

– Setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

– Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar,anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing

– Masukkan gula,garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu

– Masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak,kemudian tutup api siap!!.. dan boleh dihidangkan bersama cucur udang tad

Rujukan : 

– Mazitah Ahmad Nur Solehah

Share² lah yerr..

Leave a Comment