Resepi Cheese Wedges Sedap & Mudah Dibuat

Jika anda suka makan cheese wedges dan mahu cuba membuatnya sendiri, anda bolehlah mengikuti resepi dan cara buat ini.

Cara Buat Cheese Wedges Sedap

Cara Buat Cheese Wedges Sedap

Cheese wedges adalah hidangan ringan yang sangat popular diperbuat oleh KFC. Ia dibuat daripada potongan kentang dan ditaburkan sos keju di atasnya. Selalunya bila membeli cheesy wedges ini orang akan minta lebihkan keju. 

Jika anda buat wedges sendiri, anda boleh bubuh sos keju sebanyak mana yang anda mahu.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Cheesy Wedges.

Bahan Potato Wedges :
– Kentang
– Garam
– Pati Ayam
– Tepung gandum
– Serbuk Lada Hitam

Bahan Sos Cheesy :
– 3-4 sudu makan butter
– 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
– 1 sudu makan tepung gandum
– suku kiub pati ayam
– 6 keping cheese
– sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
– pewarna kuning

Cara-caranya :
1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.

2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.

3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.

4. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).

5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

6. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.

7. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

Selamat mencuba dan share kalau bermanfaat.

Rujukan Resipi :

– Hasniza Hashim

Share² lah yerr..

Leave a Comment