Resepi Cheesekut Nestum Sedap & Padu

Minat cheese? jom cuba buat cheesekut nestum ini, resepinya agak mudah dan simple, ada juga buat versi milo

Resipi Cheesekut Paling Best & Sedap

Resipi Cheesekut Paling Best & Sedap

Mari cuba buat kuih cheesekut nestum yang sedap manis. Boleh dijamu untuk minum petang atau sambut harijadi.  Kali ini kami ingin  kongsikan resepi Cheesekut Nestume yang diberikan oleh Ismazura Ismail

Mari kita lihat apa yang diperlukan untuk membuat kuih ini. 

Bahan A:
• 1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG
• 1 paket Nestum Original NESTLE (topping pilihan)
• 1 kotak susu segar DUTCH LADY

Bahan B:
• 250 gm Cream Cheese TATURA
• 1/2 tin susu pekat MARIGOLD
• 2 sb susu segar DUTCH LADY

Cheesekut Nestum Leleh

Cheesekut Nestum Leleh

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tidak perlu sampai kembang pula. Kalau tiada mixer,  anda boleh mengadun sendiri.

2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat (senang nak susun biskut nanti)

3. Seterusnya celup biskut dalam susu segar selama seminit, tak perlu sampai lembut sangat (kalau suka crunhcy takperlu celupkan pun tak apa)

4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang dicelup lembut + adunan mixer (tuang adunan lebih sikit sbb nanti biskut serap) + topping pilihan (saya guna nestum)

5. Ulang langkah 3 dan 4

6. Lapisan terakhir tu boleh lah taburkan serpihan lebihan biskut tadi

7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam

*Resepi Cheesekut Nestum ini telah disumbangkan oleh Ismazura Ismail menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.