Resepi Cendol Sedap Guna Tepung Jagung

Teringin nak rasa cendol buatan sendiri, boleh cuba cara dan resepi cendol padu sedap ini.

Pada waktu-waktu panas, kalau ada cendol biasa ke atau yang lebih special sikit cendol durian atau pulut fuh memang hilang kehausan anak tekak ni, kalau nak cuba buat cendol sendiri boleh try resipi di bawah ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk membuat cendol ini.

Bahan-Bahan:

– 1 cawan tepung jagung
– 3 cawan air pandan(blender daun pandan)
– Secubit garam
– Pewarna hijau

Cara-cara:
– Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga likat dan berkilat..kacau supaya tidak hangit
– Sediakan bekas berisi air ais
– Masukkan adunan cendol ke dalam piping (panas-panas)kalau nak guna acuan pun boleh
– Tekan & picit ke dalam bekas air ais(betul-betul sejuk)
– Simpan sekali dengan air ais dalam peti sejuk
– Boleh dimakan dengan gula melaka, santan dan susu cair…

* Nak lagi special dan padu sedap, boleh tambah durian atau pulut dalam cendol korang.

Rujukan :

– Raja Amanina

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of