Resepi Cekodok Pisang Rangup Gebu Dan Lembut

Ini adalah cara dan resepi cekodok pisang rangup gebu dang juga lembut, sesuai untuk dihidangkan di waktu petang makan bersama keluarga

Cara Buat Cekodok Pisang

Cara Buat Cekodok Pisang

Selalunya apabila anda sedang memandu, sudah pasti anda akan nampak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual pelbagai aneka kuih. Kuih cekodok pisang adalah sebahagian daripada aneka tersebut. 

Pelbagai jenis versi boleh dibuat, sekarang kalau tengok ada yang tambah cheese untuk menyedapkan lagi selera cekodok tersebut.

Bahan-Bahan:

– 500 gm Tepung Gandum

– 7 biji pisang

– 11/2 cawan gula2 sk soda 

– 2 sudu kecil garam

– 3 cawan air.

Cara-Cara:

– Masukkan soda dlm tepung.kacau sebati.

– Blend gula, pisang, garam dan air.

– Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dlm tepung.gaul sebati.panas kan minyak dulu.pasti minyak betul-betul panas.

– Jemput dengan tangan sewaktu menggoreng, barulah cekodok menjadi bulat dan kembung.

– Selamat mencuba.

Rujukan :

 Abdul Lahak

Leave a Comment