Resepi Bubur Lambuk Simple Dan Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat bubur lambuk yang senang untuk dihidangkan.

Cara Buat Bubur Lambuk

Cara Buat Bubur Lambuk

Pada bulan puasa, bubur lambuk menjadi suatu kewajipan di mana-mana pasar Ramadhan. Rasanya yang dipenuhi pelbagai herba menjadikan bubur lambuk ini bubur yang paling disukai di kalangan masyarakat.

Resipi bubur lambuk ini dikongsikan oleh Zee Hanifa di laman facebooknya, kalau nak cuba boleh ikuti langkah-langkah dibawah.

Mari lihat apa yang perlu diikuti untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

– Beras
– Santan
– Rempah Lada Hitam
– Bawang Merah
– Bawang Putih (Kisarkan)
– Nyiur Gula
– Budu
– Ikan Layang
– Perasa 
– Daun Kayu (pucuk midin,daun kadok,cekok manis,daun kunyit,pucuk limau kasturi,daun ulat bulu,ubi keledek,daun kesum,pucuk ubi dll)

Cara-Cara:

1. Rebus beras sampai empuk
2. Setelah empuk masuk santan
3. Masuk rempah lada hitam, bawang merah, bawang putih(kisar)
4. Masukkan nyiur gula
5. Masukkan budu ikut suka banyak mana
6. Masukkan isi ikan layang ikut banyak suka banyak mana
7. Perasa
8. Daun kayu
9. Kacau siap 
10. Bahan campuran di atas di bubuh ke atas sebanyak mana beras yang digunakan.

Rujukan :

– Zee Hanifa 

Leave a Comment