Resepi Buah Melaka Sukatan Cawan Lembut & Sedap

Teringin mencuba kuih baharu? Mahukan sesuatu yang manis pula? Mari cuba buat kuih buah Melaka ini.

Cara Buat Buah Melaka Gebu

Cara Buat Buah Melaka Gebu

Buah melaka adalah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Setiap negeri mempunyai panggilan mereka sendiri untuk buah Melaka. Ia juga dipanggil kuih onde-onde. Anda kini boleh cuba memasak buah melaka ataupun onde-onde ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk memasak resepi ini.

Bahan-Bahan:

– 3 cawan tepung pulut/ketan
– 3 sudu besar tepung beras/gandum
– 1 1/2 cawan air daun pandan dari 5 helai daun pandan (dikisar dan ditapis 2-3 kali)
– Campur bahan-bahan di atas dengan sedikit pandan paste sampai sebati,
– 2 keping gula melaka dipotong kecil
– 1/2 biji kelapa parut digaul bersama dengan sejemput garam,gaul rata supaya sebati,kukus kelapa untuk melambatkan basi.

Cara-Cara:
– Didihkan air di dalam periuk dulu 

– Masukkan sehelai daun pandan biar mendidih.

– Adunan tepung tadi dibulatkan kemudian dileper sedikit dan dimasukkan seketul gula melaka

– Tutup kembali rebus ke dlm air mendidih tadi

– Bila dah timbul angkat dan digolekkan ke dlm kelapa parut tadi.

Rujukan :

– Mak Cik Ratu

Share² lah yerr..

Leave a Comment