Resepi Brownies Kedut Cookies Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi brownies kedut paling sedap mengikut sukatan cawan, nak cuba buat sendiri boleh ikuti step dibawah

Cara Buat Brownies Kedut

Cara Buat Brownies Kedut

Brownies adalah sejenis hidangan pencuci mulut coklat yang dibakar dan berbentuk kiub. Terdapat dua jenis brownies yang boleh dibuat iaitu secara fudge atau pun kek. Semuanya bergantung kepada kepadatan kuih tersebut. Ia mungking mengandungi kacang, krim keju, frosting, cip coklat dan lain-lain lagi bahan.

Pihak Viramon ingin kongsikan resepi Brownies Kedut ini kepada anda.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Brownies Kedut.

Bahan-Bahannya :

– 2 biji telur 
– 1 sk esen vanila
– 70g gula ising
– 70g gula perang
*kacau guna whisk bagi sebati je..

– 170g coklat dark compound beryl
– 85g butter
*double boil

– 100g tepung gandum
– 1/4 sk baking powder
– 1/4 cawan serbuk koko
*ayak semua bahan

Step dia rujuk gambar-gambar dibawah
Sapu minyak pada loyang dan lapik baking paper.. baking paper tu lebihkan kiri dan kanan sahaja… supaya bucu brownies cantik 4 segi..

Guna loyang 8×8
Suhu 160.. masa 30 minit
*bakar api atas bawah
*bakar letak rak bawah
*bergantung pada suhu oven masing2..

Selamat mencuba

Rujukan Resipi :

– Sariah Hairol

Whiskan Telur

Whiskan Telur

Whisk telur, gula ising dan esen vanilla.. whisk pelan2 jer ye, asalkan sebati

Sesi Cairkan Coklat

Sesi Cairkan Coklat

Double boil butter dan coklat dark compound..

Mengayak Tepung

Mengayak Tepung

Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko..

Bila Coklat Dah Cair

Bila Coklat Dah Cair

Coklat dh cair, masukkan ke dlm bancuhan telur yg dh whisk..

Masukan Tepung

Masukan Tepung

Lepas tu masukkan tepung dh di ayak…

Kacaukannya

Kacaukannya

Kaup balik biar sebati..

Masukkan Dalam Loyang

Masukkan Dalam Loyang

– Loyang dah lapik baking paper dan sapu minyak

– Guna loyang size 8×8

– Bakar suhu 160 masa 30 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing)

Leave a Comment