Resepi Bluebery Cheese Tart Paling Sedap

Blueberry cheese tart diperbuat dengan pastri keras dan diisikan dengan krim cheese berserta isian blueberry yang manis. Jom try buat dengan resepi yang ditunjukkan ini.

Cara Buat Bluebery Cheese Tart

Cara Buat Bluebery Cheese Tart

Kuih blueberry cheese tart ini amat elok untuk seisi keluarga. Selain itu, ia amat popular sehinggakan ada yang sanggup membelinya online. Tidak dinafikan lagi, kuih ini amat sedap. 

Anda juga boleh membuatnya untuk diri anda sendiri jika anda teringing mencubanya. Ikutilah resepi yang dikongsikan oleh Azwa Zakaria ini.

Resepi Crust:

– 170gm marjerin atau butter
– 50gm gula aising
– 1 biji telur Gred C
– 290gm tepung gandum
– 1 sudu kecil esen vanilla
– Acuan tart

Cara-cara:

– Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

– Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

– Uli sehingga doh menjadi lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

– Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

– Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.

– Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Resepi Cheese:

– 250gm cream cheese
– 50gm gula kastor / gula halus
– 1 biji telur Saiz B
– ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

– Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
– Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
– Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

– Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas untuk buat filling cheese tart ni.

– Bahan-bahan untuk filing boleh didapati dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

– Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

– Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi.

– Di mana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

– Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

– Siap dan boleh dijamu.

Rujukan :

– Azwa Zakaria

Leave a Comment