Resepi Biskut Sughee Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat biskut sughee sedap gebu, jom cuba buat sendiri dengan ikuti step yang diberi

Cara Buat Biskut Sughee

Cara Buat Biskut Sughee

Biskut SUGHEE! Seriously sedap, lemak-lemak berkrim lagi rasanya. Cubalah dulu recipe ini di rumah! Pasti anak-anak akan menyukainya.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Biskut Sughee.

Bahan-Bahan:

• 1kg Tepung gandum (brand suka hati yg anda suka)

• 1 tin Pure Ghee or minyak sapi

• Gula halus 1 tin 

Cara-Cara:

• Buka penutup tin Ghee dahulu.

• Sediakan mangkuk mixer. Jika anda ingin menggunakan mixer atau manual mixing pun boleh.

• Masukkan ghee ke dalam bekas adunan.

• Masukkan ke semua ghee ke dalam bekas adunan.

• Dengan menggunakan tin yang sama masukkan gula mengikut aras ghee yang sama dalam tin. Gunakan gula halus. Jangan gunakan gula castor kerana gula gastor akan menyebabkan biskut sughee menjadi kasar teksturnya.

• Masukkan gula ke dalam ghee.

• Sebatikan bahan-bahan tersebut kemudian ayak tepung gandum.

• Masukkan tepung hingga menjadi doh. Kuantiti tepung ni bergantung kepada jenis ghee. Ada ghee (tin sederhana) yang perlukan tepung 1kg saja. Ada yg perlukan lebih.

• Sejukkan doh sebelum dicanai. Ini adalah TIPS UTAMA dalam membuat biskut. Nak lebih rangup simpan dalam peti dahulu. Lagi lama lagi bagus!

• Bentukkan doh seperti yg dikehendaki. Doh sughee ni adalah doh yang lembut sangat. Doh akan mengembang sedikit, jangan buat besar sangat. 

• SIAP! Selamat Mencuba!

Rujukan Resipi :

– Suzanah Ovenhouze

Share² lah yerr..

Leave a Comment