Resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan Gebu & Sedap

Teringin nak makan biskut red velvet, jom tru buat sendiri dengan mengikuti resepi yang diberi ini

Cara Buat Biskut Red Velvet Mudah Serta Rangup

Cara Buat Biskut Red Velvet Mudah Serta Rangup

Jika sebelum ini anda pernah rasa Kek Red Velvet, sudah tentu anda perlu mencuba biskut Red Velvet pula. Biskut ini amat sesuai sekali dihidang pada waktu minum petang, ataupun untuk jamuan makan sekeluarga. Ia juga sesuai dijadikan tambahan kepada aneka kuih-muih anda pada musim raya. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Biskut Red Velvet.

Bahan-Bahan:

– 1/2 cawan butter
– 1 cawan gula perang
– Sedikit esen vanila
– 1 sudu besar minyak sapi
– 1 biji kuning telur
– 2 sudu kecil pewarna merah
– 1 sudu kecil pewarna oren
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 sudu kecil cuka masakan
– 1 sudu kecil baking powder
– 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu besar tepung beras
– 2 sudu besar tepung jagung
– 1 3/4 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan almond slice
– 1/2 cawan coklat chip putih

Cara-Cara:

1. Masukkan butter, gula perang, esen vanilla, minyak sapi dan telur. Sebatikan

2. Masukkan pewarna merah dan oren kemudian gaulkan.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian cubitkan doh dan letak ke atas loyang 

3. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit. 

Rujukan Resipi :

– Asmani Amiruddin

Share² lah yerr..

Leave a Comment