Resepi Biskut Peanut Butter Tradisional Sukatan Cawan

Nak tambah koleksi kuih raya korang, boleh cuba buat biskut peanut butter dengan mengikuti cara dan resepi yang deberikan ini

Cara Buat Biskut Peanut Butter Mudah

Cara Buat Biskut Peanut Butter Mudah

Kalau ada yang teringin mencuba suatu masakan biskut baru, bolehlah cuba resepi biskut peanut butter ini. Sesuai dimakan di waktu minum petang atau ketika anda santai menonton TV. 

Kalau anda juga boleh jadikan biskut ini penjana duit anda dengan menjualnya kepada orang ramai. Pada waktu raya juga ia elok dihidang kepada seisi keluarga.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Biskut Peanut Butter.

Bahan-Bahan:

● 2 cawan kacang tanah (goreng kering kacang hingga ranggup,blend kemudian baru sukat)

● 2 cawan tepung gandum

● 1 cawan gula halus

● 1 cawan peanut butter

● Minyak masak secukupnya

● *Kismis atau ceri untuk hiasan…

● *1 biji kuning telur

Cara-Cara:

● Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali minyak, kuning telur dan kismis.

● Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

● Ambil secubit doh tadi dan bulat-bulatkan. Boleh juga dicanai dan diterap menggunakan bentuk yang dikehendaki.

● Letakkan ceri atau kismis. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20min.

Rujukan Resipi :

– Jom Belajar Buat Biskut

Share² lah yerr..

Leave a Comment