Resepi Biskut Mazola Sukatan Cawan Gebu Gebas

Teringin makan biskut mazola jom cuba buat sendiri dengan cara dan resepi yang dintunjukkan ini.

Cara Buat Biskut Mazola (Kacang)

Cara Buat Biskut Mazola (Kacang)

Biskut Mazola adalah kuih tradisional kacang yang sedap di makan, sesuai juga dibuat sebagai kuih raya anda. Hanya memerlukan 7 bahan untuk membuatnya, yang penting ada kacang. kacang tu yang utama dalam pembikinan biskut ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Biskut Mazola.

Bahan-Bahan:

• 1 cawan kacang tumbuk 

• 1 1/2 cawan tepung gandum

• 1/2 cawan tepung jagung

• 3/4 cawan gula halus (saya kurangkan sedikit)

• 1 cawan minyak mazola (tuang sikit2 hingga menjadi doh)

• 1 sk esen vanilla

• 1 biji egg yolk untuk sapuan diatas biskut

Cara-Cara:

• Satukan semua bahan kecuali minyak. Gaul rata.

• Tuang sedikit demi sedikit minyak hingga adunan menjadi doh

• Boleh terap adunan menggunakan acuan pilihan atau nak dibulatkan pun boleh

• Last sekali sapu sedikit kuning telur diatasnya

• Boleh bakar dengan suhu 150 lebih kurang 15-20 minit mengikut oven masing-masing.

Rujukan Resipi :

– Aisyah Kenang

Share² lah yerr..