Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat biskut makmur susu sedap, nak cuba buat sendiri boleh ikuti langkah diberikan dibawah

Cara Buat Biskut Makmur Susu

Cara Buat Biskut Makmur Susu

Biskut Makmur antara fevret dikala menjelang hari raya sebagai kuih pilihan. nak buatnya tidaklah begitu susah, bentuknya pun seakan buat biskut alien je, hanya perlukan bahan untuk inti, doh, dan sedikit bahan untuk hiasan

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
– 500gm kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk jangan halus sangat..saya kisar aje)

– 200gm gula kastor

– 10sd bsr mentega kacang (gaul sebati ketepikan)

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH :
– 1kg tepung gandum(sangai tanpa minyak hingga gebu@ringan..biarkan sejuk)

– 400gm minyak sapi

– 10sd bsr susu tepung

– 100gm gula aising

BAHAN UNTUK HIASAN :
– 200gm susu tepung

– 250gm gula aicing

Rujukan Untuk Sukatan Cawan

Rujukan Untuk Sukatan Cawan

CARA-CARANYA :

– Satukan BAHAN DOH hingga sebati kecuali minyak sapi

– Masukan minyak sapi..gaul sebati..doh jangan terlalu lembik @ keras

– Rehatkan doh 15 minit

– Timbang setiap inti 3gm setiap sebiji & untuk doh pula 10gm setiap sebiji

– Ambil doh, leperkan, masukkan inti, bulat dengan kemas, susun atas loyang

– Panaskan oven, bakar 15-20 minit dengan suhu 150 C @ bergantung pada oven masing2

– Biarkan suam baru digaul dengan BAHAN HIASAN (biskut terlalu rapuh waktu panas)

– Untuk lebih menarik susun dalam paper cup,baru comel

“SELAMAT MENCUBA SEMUA “

Rujukan Resipi :

– Iza Lan

Share² lah yerr..

Leave a Comment