Resepi Biskut Dahlia Sukatan Cawan Sedap

Musim raya sudah tiba lagi. Makna sudah tiba masanya untuk kita cuba memasak kuih raya. Mari cuba cara dan resepi buat biskut dahlia ini.

Cara Buat Biskut Dahlia Susu

Cara Buat Biskut Dahlia Susu

Biskut Dahlia atau nama yang popular orang sebut semperit, antara kuih fevret dikala menjelang hari raya, cara untuk membuatnya tidaklah begitu susah, yang penting anda mempunyai acuan untuk membuat bentuknya.

Nak cuba boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh puan fitam ali ni.

Bahan-Bahanya :

– Tepung Jagung 500 gm
– Susu pekat 1/2 cwn
– Sedikit esen vanila
– Tepung beras 1 sudu besar..
– Buttercup 250 gm
– Itu je bahan
– Warna bebas

Cara-Caranya :

– Butter dan susu pekat

–  Esen vanila sebatikan, tak payah pukul sangat, gaul sebati jer

– Masukkan tepung jagung dan tepung beras sikit

–  Sebatikan

– Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan

– Masuk dalam acuan dan tekan jadi bunga

– Hiaskan apa2 coklat chip ke cherry ke

– Bakar 160°

– 30 minit/masak

– Siap untuk dihidangkan

Rujukan Resipi :

[1] Fatimah Ali