Resepi Biskut Coklat Nestum Paling Sedap

Mari belajar buat kuih biskut coklat nestum. Sedap untuk seisi keluarga. Ikutilah cara dan resepi yang diberikan ini.

Cara Buat Biskut Coklat Nestup

Cara Buat Biskut Coklat Nestup

Biskut Coklat Nestum pasti SEDAP! Kalau anda teringin menyediakan kuih biskut untuk apa-apa majlis, cubalah masak biskut coklat nestum ini. Ia juga sesuai menjadi pencuci mulut selepas anda selesai menjamu selera yang banyak berminyak. Mari kita cuba belajar biskut coklat nestum ini. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Biskut Coklat Nestum.

Bahan-Bahan:

• 3 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1/2 cawan serbuk coklat
• 1/2 cawan nestum (lbih ckit pon ok je)
• 250g buttercup
• 1 biji telur kuning
• 1 cawan gula halus
• 1sk esen vanilla

Hiasan
• 1 biji putih telur
• Coklat rice utk tabur

CARA-CARA :

• Pukul telur kuning dan butter hingga sebati.

• Masukkan gula halus dan esen vanilla. Kacau lagi.

• Masukkan tepung gandum, tepung jagung, nestum dan serbuk coklat sedikit demi sedikit. Jika lembik, boleh tambah tepung gandum.

• Uli sehingga tidak melekat di tangan.

• Tekap adunan dan sapu putih telur diatasnya sebelum tabur coklat rice untuk hiasan.

• Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 160°C atau bergantung pada oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Rujukan Resipi :

– Adah Mansor

Share² lah yerr..