Resepi Bihun Goreng Paling Sedap & Simple

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat bihun goreng biasa dengan ayam nice look simple dan sedap, jom cuba

Cara Buat Bihun Goreng Kampung

Cara Buat Bihun Goreng Kampung

Bihun goreng boleh dianggap sebagai satu masakan gemaran di keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Ia dimasak dengan menggorengkan bihun dan dicampur sekali dengan pelbagai jenis bahan basah dan sayur untuk menambahkan rasanya.

Mari cuba memasaknya dengan merujuk resepi di bawah.

Bahan-Bahan:

– 3 bungkus bihun

– 1 ekor ayam

– 3 ketul tauhu

–  RM2 Taugeh

– RM3 Daun kuchi

– Segenggam cabai kering*

– 3 biji bawang putih*

– 5 biji bawang merah*

Blendkan bahan bertanda * di atas.

– Setengah botol kecil kicap

– Setengah botol kecil sos cili

– 5 sudu makan sos tiram

– Setengah cawan air

– Gula

– Garam

Cara-Cara:

– Tumiskan bahan yang telah di blend.

– Kemudian masukkan ayam (masak ayam sehingga masak)

– Masukkan semua sos. 

– Apabila sudah rencah, masukkan tauhu

– Kemudian masukkan bihun

– Gunakan api kecil

– Bila bihun jadi agak kering, masukkan sayur-sayur dan gaul

– Bila bihun dah naik wap, rasakan dahulu, kalau rasa kurang tambah garam dan gula.

Rujukan Resipi : 

– Nursabiha Razak

Share² lah yerr..