Resepi Bebola Ikan (Fish Ball) Buatan Sendiri

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat bebola ikan atau fish ball, nak cuba buat sendiri boleh tengok langkah ditunjukkan dibawah

Cara Buat Bebola Ikan

Cara Buat Bebola Ikan

Bebola ikan ata nama lain (fishball) adalah makan biasa yang dijumpai di selatan China, Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara. Ia diperbuat dari pes ikan dan direbus dalam sup atau pun digoreng. Bebola ikan ini juga biasa dijumpai di negara-negara Nordic, di mana ia diperbuat dari ikan kod atau haddock.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Bebola Ikan.

Bahan-Bahan:

– 2 kg Ikan tenggiri, buang tulang dan kulit, ambil isinya. 

– 1 Cawan ais.

– 1 Cawan Tepung Gandum Faiza *

– 1/3 sudu teh Baking powder *

– 2 sudu teh garam *

– 2 sudu Makan Gula kastor *

– 2 sudu Makan lada sulah *

– 1 sudu Makan Lada hitam *

– Tapis semua bahan bertanda * dalam satu bekas. 

– 2 sudu Makan Minyak bijan, kalau takde boleh letak Minyak masak biasa 

– 1 biji telur dupukul 

– 1 cawan Air sejuk

Cara:

– Kisar isi Ikan dengan ice. Sedikit demi sedikit hingga habis

– Dah habis kisar semua Ikan letak dalam satu mangkuk. Masukkan Telur dan Minyak bijan. Kacau sebati. Saye guna hand mixer sbb nak cepat. Kalau takde boleh guna senduk.

– Masukkan air sejuk tadi dan kacau lagi.

– Masukkan Bahan tapis kacau sebati dan gebu..

– Tengok ni dah gebu gebasss mcm 

– Tangan Bungkus dengan plastic ke apa apa yg patut. Ambik sedikit

– Tekan keluar menjadi bola

– Ambik sudu congkel sama dia kohkohkoh . Masukkan dlm periuk Rebusan air tadi.

– Rebus Hingga Bebola Ikan timbul atau Hingga Masak ..

Rujukan Resipi :

– Parmiati Bt Suyudi

Share² lah yerr..

Leave a Comment