Resepi Bakso Asli Indonesia Daging Simple

Ini adalah cara dan resepi bakso asli dari indonesia versi daging special, nak cuba boleh ikuti langkah-langkah dibawah

Cara Buat Bakso Asli Indonesia

Cara Buat Bakso Asli Indonesia

Bakso adalah masakan bebola daging yang berasal dari Indonesia. Bakso boleh didapati di keseluruhan Indonesia. Ia adalah di antara street food yang paling popular di negara itu. Kini anda juga boleh cuba membuatnya.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti.

RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA 
– 500 gram daging lembu giling 
– 1sdk baking powder 
– 2 sdk garam
– 90ml air sejuk (air peti ye)
– 1 biji putih telur 
– 5 sdb tepung ubi
– 2 siung bawang putih ditumbuk

Cara-Cara Buat Bakso
– Siapkan mangkuk besar masukan tepung ubi & baking powder 
– Haluskan/blender daging giling bersama dgn air sikit 
– Daging yg halus td letak bawang putih , putih telur , serbuk lada putih & garam .. Uli sampai sebati
– Daging yg diuli td campurkan dgn bahan tepung ubi tadi & uli sampai sebati
– Simpan ke bekas & tutup bekas dgn plastik & masukan dalam peti 30minit
– Doh dh sejuk sikit , ambil & bentukkan bulat bakso & kemudian rebus seketika 
– Jika bakso terapung itu bermakna bakso dh masak☺

BAHAN KUAH BAKSO 
– 6 siung bawang Putin
– 1/2 sdk serbuk lada putih
– 3sdb garam
– 2 liter air
– 2 batang daun bawang 
– 500 gram Tulang Daging lembu 
– Rebus air hingga mendidih & masukan tulang lembu bias dlam 30 mnit , masukan bawang putih yg sudah dihaluskan , masukan daung bawang , garam & serbuk lada putih ..

SAMBAL BAKSO

– Sepeket cili padi direbus bersamaan lada kering , pastu blend bersama 2 siung bawang putih .

– Rebus cili yg telah diblend , masukan garam , aji & gula cukup rasa 

– Tunggu mendidih & siaap sambal sedap meletoop pedas berdesing telinga 

*tambahan mee kuning @ mihun ye

Rujukan :

– Indri Alvirra Alvisya

Share² lah yerr..

Leave a Comment