Resepi Ayam Paprik Simple Mudan Dan Sedap

Ini merupakan cara dan resepi untuk membuat ayam paprik berkuah dan sedap, jom cuba buat sedendiri dengan panduan yang diberikan di bawah.

Cara Buat Ayam Paprik

Cara Buat Ayam Paprik

Ayam paprik merupakan satu masakan campuran dengan sayur, seperti nasi goreng paprik jugak seni buatannya. Iannya didatangkan dengan variasi berkuah dan sesuai dimakan pelabagai lapisan umur

Anda perlu meyediakan beberapa bahan sebelum anda boleh mulakan masakan. Selalunya banyak juga bahan anda perlu sediakan.

Mari lihat apa yang kita perlukan dan cara yang dibuat untuk memasak ayam paprik ini. 

Bahan-Bahan:
– 5 ketul ayam (bersihkan dan potong kecik)
– 10 tangkai cili kering- potong n rendam air panas*
– 1 biji bawang besar*
– 3 ulas bawang putih*
– 1 inci halia*
– 2 sudu makan sos tiram
– 2 sudu makan cili sos
– Sedikit kicap (untuk cantikkan warnanya)
– 4/5 helai daun limau purut
–  7@8 biji cili padi-ketuk
– 1 biji bwng besar-hiris
– 1 sudu makan perahan limau nipis
–  Garam dan perasa 
– Sedikit gula

– Sayur untuk dipotong:
– Karot/kacang panjang/bunga kubis/putik jagung/tomato

Cara-Cara:
1. Kisarkan bahan bertanda*
2. Tumis bahan mesin hingga agak garing
3. Masukkan daun limau purut dan ayam
4. Masukkan 1 cawan air
5. Masukkan sos tiram dan cili sos
6. Masukkan garam, perasa dan gula
7. Renjiskn sedikit kicap
8. Masukkan semua sayur yang siap di potong
9. Masukkan air perahan limau nipis
10 Akhir skali masukkan cili padi dan bawang hiris

Rujukan :

– Mazliza Ahmad

Share² lah yerr..

Leave a Comment