Resepi Ayam Masak Kicap Simple Dan Sedap (Pedas)

Jom try buat ayam masak kicap sendiri, dibawah adalah panduan resepi bagaimana cara nak buatnya dengan sedap hingga menjilat jari

Cara Masak Ayam Masak Kicap

Cara Masak Ayam Masak Kicap

Kalau anda mahukan lauk yang pedas dan manis untuk dimakan sekali nasi, anda boleh cuba tambahkan ayam masak kicap pedas ini ke dalam menu anda. Kalau anda teringin cuba memasak, anda bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan kepada kami ini di rumah. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk memasak ayam masak kicap pedas.

Bahan-bahan:

– 1/2 ekor ayam – garam kunyit dan digoreng hingga masak

– 1 biji bawang besar – dimayang bulat

– 1 biji cili merah – potong serong kasar

– 1 biji cili hijau – potong serong kasar

– 1 biji karot – dipotong 1 1/2 inci dan dibelah 4

– 3 sudu makan sos cili

– 3 sudu makan sos tomato

– 6 sudu makan kicap lemak masin

– 1 cawan air

– Sedikit serbuk perasa

Bahan Tumbuk:

– 1 inci halia

– 3 ulas bawang putih

– 1 biji bawang besar

– Cili api – ikut kepedasan sendiri

Cara-Cara:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2. Masukkan kedua-dua sos, tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan karot dan cili hiris. Kacau rata.

4. Masukkan air. Biarkan mendidih.

5. Masukkan kicap dan serbuk perasa. Masak hingga karot empuk.

6. Masukkan ayam goreng dan bawang besar. Kacau rata. Masak hingga bawang layu. Tutup api. Siap.

Rujukan :

– Koleksi Resepi Masakan Ayam

Share² lah yerr..

Leave a Comment