Resepi Ayam Masak Lemak Kuning Simple Negeri Sembilan

Ini adalah cara dan resepi ayam masak lemak kuning mudah dan simple untuk dihidankan

Cara Masak Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan

Cara Masak Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan

Ayam masak lemak sinonimnya adalah menu wajib di negeri2 selatan antaranya adalah negeri sembilan, lagi pedas satu-satu masak lemak tersebut lagi sedap.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk memasak ayam lemak kuning ini. 

Bahan-Bahan:

· 1 kg ayam, dipotong 12 keping

· 3 cawan santan pekat

· 3 cawan santan cair

· 3 batang serai, dititik

· 15 biji cili padi, dikisar

· 10 biji bawang kecil, dikisar

· 5 biji bawang putih, dikisar

· 3 keping asam keping

· Sedikit serbuk kunyit

· Sedikit garam,

· 3 biji ubi kentang, dipotong dadu

Cara-Cara:

1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit.

2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang.

3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa.

4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan.

Share² lah yerr..

Leave a Comment