Resepi Ayam Goreng Mamak Simple Dan Rangup

Ini adalah cara dan resepi untuk buat ayam goreng mamak yang rangup krup krup.

Cara Buat Ayam Goreng Mamak

Cara Buat Ayam Goreng Mamak

Pergi saja ke mana-mana kedai mamak, sudah tentu anda akan nampak longgokan ayam goreng mamak di bahagian nasi restoran itu. Antara fevret orang ramai kerana ianya tidak begitu pedas dan rangup

Jika anda berminat untuk memakannya di rumah sendiri, anda boleh cuba ikuti resepi ayam goreng ala mamak ini

Bahan-Bahan:

– 1 ekor ayam

– 6 sudu makan tepung jagung

– 6 sudu makan tepung beras

– 3 tangkai daun kari

Bahan Kisar:

– 6 ulas bawang putih

– 2 inci halia

– 5 tangkai cili kering

– 2 sudu makan rempah kari

– 1 biji telur

– Garam secukup rasa

– 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-Cara:

– Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

– Panaskan minyak & goreng ayam sehingga masak

Rujukan :

– Koleksi Resepi Masakan Ayam