Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup & Sedap

Kesedapan ayam goreng berempah ini kalau di tambah dengan serai pasti bertambah special, jom try buat resepi simple dengan cara yang paling mudah ini

Resipi Ayam Goreng Berempah Ala Chef Padu Beb

Resipi Ayam Goreng Berempah Ala Chef Padu Beb

Cara memasak ayam goreng berempah ini mudah sahaja. Sediakan bahan perapan dan perap sahaja ayam. Kemudian goreng dan siap, rupanya ada seperti ayam goreng mamak tapi ianya agak sedikit berlainan

Bahan-Bahan:

Seekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan

2 biji Bawang Besar

6 ulas Bawang Putih

Halia 2 cm

Lengkuas 1 cm

Serai 5 btg

Ketumbar 5 sb

Jintan Manis 2 sb

Jintan halus 1 sb

2 sudu besar serbuk kunyit

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar serbuk cili

Garam,perasa secukupnya

1 sudu besar cuka makan..

Secekak daun kari

Cara membuatnya tidaklah begitu susah berikut adalah step-by-step untuk memasaknya.

Cara-Cara:

1. Blend Bawang merah,putih,halia,lengkuas,serai, ketumbar, jintan manis, jintan halus

2. Perap bersama ayam

3. Letak serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, garam, perasa, cuka

4. Gaul rata semua.

5. Perap setengah jam atau lebih

6. Panaskan minyak

7. Letak daun kari

8. Goreng api sederhana

9. Hingga kekuningan dan masak..

RUJUKAN:

[1] – Fatimah Ali

Leave a Comment