Resepi Ayam Masak Bali Mudah & Sedap

Pernah cuba makan ayam masak bali? cara nak buatnya macam mudah, jom cuba resepi yang di berikan ini

Resipi Ayam Masak Bali

Resipi Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali ini pernah menjadi sensasi di alam internet pada suatu ketika dulu. Dari rupanya seakan ayam masak kicap tapi berlainan sedikit.

Kali ini kami ingin berkongsi bersama anda resepi dan cara membuatnya. Nikmatilah hidangan ini dengan seisi keluarga. 

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam goreng bali ini.

Bahan-Bahan:
• 1 ekor ayam
• serbuk kunyit
• garam secukup rasa
• 8 batang serai, dititik
• 6 tangkai daun kari
• 1 senduk cili kisar
• 3 sudu besar kicap manis
• minyak masak
• Sod tiram & sos ikan 2 sudu besar
• Bawang putih dititik
• sedikit air
• Bahan-bahan untuk kisar halus
• 10 biji bawang merah / bawang besar

Cara-Cara:
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar bawang putih dan bahan kisar halus, sos tiram & sos ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kicap, aji, dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Tips 

Rujukan :

[1] – Fatihah Affandi 

Share² lah yerr..

Leave a Comment