Resepi Almond London Sukatan Cawan Mudah & Sedap

Mari tambahkan lagi pilihan kuih raya yang anda boleh buat pada musim raya nanti. Anda boleh rujuk resepi almond london ini

Cara Buat Biskut Almond London

Cara Buat Biskut Almond London

Kuih almond london ini telah menjadi kuih yang sangat popular di musim raya. Yang menarik perhatiannya adalah dari kemanisan coklat yang menyaluti kacang badam. 

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Fazilah Zakaria di laman facebooknya dimana banyak feedback menarik terhadap resepi yang beliau buat ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

Bahan A
– 1 cawan buttercup
– 3/4 cawan gula ising (kurangkan jika anda tidak mahu manis sangat)
– 1 biji kuning telur
– 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu besar tepung beras
– 1 sudu kecil serbuk penaik
– 3 sudu besar serbuk badam

Bahan C

– 2 cawan coklat masakan guna kaedah double boiler

*Kacang badam panaskan dulu dlm oven 150c selama 15mnit (ni oven sy tau..hii)

Cara-Cara:
– Gaul bahan A sampai sebati gunakan senduk kayu sahaja 

– Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil menguli (Tambah tepung jika lembik ataupun tambah butter jika keras sangat) 

– Masukkan 1biji kacang badam.

– Bakar suhu 170c selama 25 minit.

– Tunggu biskut sejuk dulu sejuk kemudian celup dalam coklat, sejukkan coklat bagi keras sedikit dan masukkan dalam balang.

Rujukan :

– Fazilah Zakaria

Share² lah yerr..

Leave a Comment