Resepi Agar-Agar Kering Sukatan Cawan Dan Berperisa

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat agar-agar kering, mudah sahaja jika anda betul-betul ikut langkah yang dikongsikan ini

Cara Buat Agar-Agar Kering

Cara Buat Agar-Agar Kering

Agar-agar kering adalah makanan atau gula-gula tradisional yang kerap sekali boleh dijumpai di mana-mana pasar. Rasa manis agar-agarnya menjadi tapak kaki di minda orang. Jika anda teringin merasa tapi tidak mahu keluar mencari, anda boleh cuba buat agar-agar kering ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:
– 60gm agar agar tali
– 1500ml air(nak senang sukat guna botol air mineral yg besar)
– 1500gm gula pasir/sekilo setengah
– 250gm gula batu(sepaket)
– Pewarna

Cara-Cara:
1) basuh agar agar..masukkan dlm periuk..masak bersama air hingga agar agar cair..
2) masukkan gula batu & gula pasir..tunggu hingga mendidih & gula cair..
**gula batu tu kalau besar,tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang nak cair masa masak nanti
3) masukkan agar agar tadi ke dalam loyang..& tambah pewarna..kacau sebati..
4) biarkan agar agar tadi keras dahulu..setelah keras,potong kecil & jemur sehingga kering..

Rujukan :

– Siti Hajar Hashim