Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 Terkini

Punca serta faktor berlakunya pencemaran udara yang harus kta ambil berat, ringkasan ini sesuai untuk anda membuat karangan ataupun tugasan geografi anda kelak.

Pencemaran udara sering dikaitkan dengan pembakaran hutan, pelepasan sisa-sisa asap dari kilang-kilang dan juga sumber karbon dari kenderaan.

Di sini akan di kupaskan sebab kenapa berlakunya fenomena ini.

Pencemaran udara bermaksud keadaan dimana ianya melibatkan bahan kimia serta zahrah kotor yang terkandung dalam udara sehinggakan terjadinya sesuatu perubahan. [1]

Bahan yang terdapat pada pengudaraan tersebut boleh memberikan impak negetif kepada semua benda bernyawa diaman ianya melibatkan manusia, tumbuhan serta haiwan.

Jika bahan-bahan ini memasuki tubuh ianya berupaya menyekat perjalanan oksigen yang baik ke salur darah sekaligus boleh menyebabkan kematian.

Menurut Wark dan Warner (1981) pencemaran udara merupakan masalah yang disebabkan oleh bahan seperti pepejal, cecair, dan gas diamana ianya dikumpul dalam satu ruang udara dengan takat kepekatan yang tinggi sehinggakan membahayakan kepada alam kehidupan di bumi, selain itu, ianya boleh didifinisikan sebagai satu kehadiran bahan cemar atau gabungannya di atmosfera dalam jangka masa yang menyebabkan kemudaratan kepada kehidupan dan kerosakkan harta benda [4]

Beberapa Contoh Gambar Pencemaran Udara Di Negara Kita dan Luar

Beberapa Contoh Gambar Pencemaran Udara Di Negara Kita dan Luar

Sekitar tahun 1952 pencemaran udara terbesar direkodkan berlaku di London dimana telah menyebabkan sebanyak 4000 orang terkorban pada insiden tersebut. [2]. Manakala dalam Wikipedia Bahasa melayu,  ianya bermaksud pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. [3]

Seperti yang dinyatakan di awal konteks, punca-punca pencemaran adalah seperti:

1. Kenderaan bermotor

2. Aktiviti pembangunan

3. Aktiviti perindustrian/kilang-kilang

4. Pembakaran terbuka

5. Aktiviti harian seperti penggunaan spray aerosol berlebihan dan lain-lain.

Kenderaan bermotor

Akibat dari pengeluaran asapdari eksos kereta, lori,motor mahupun bas. Ini lebih dikaitkan dengan penggunaan minyak diesel oleh kenderaan

Aktiviti pembangunan / Aktiviti perindustrian

Pengeluaran asap berlebihan oleh kilang-kilang sehingga tiada kawalan mahupun tiada kaedah alternative digunakan bagi mengawal asap-asap ini daripada terus menerus berleluasa di udara.

Pembakaran terbuka

Sering dikaitkan dengan aktiviti manusia dikawasan perumahan dimana aktiviti pembersihan laman dijalankan dengan membakar sisa-sisa sampah mahupun daun-daun kering bagi menghapuskan saki baki sampaha atau pun kotoran yang berada dikawasan laman rumah mahupun di padang.

Aktiviti harian seperti penggunaan spray aerosol berlebihan dan lain2

Aktiviti seperti ini sering dianggap remeh oleh kebanyakan orang. Namun hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika penggunaan nya melebihi Batasan atau had boleh menyebabkan pencemaran udara seterusnya mengakibatkan kesakitan pada manusia, haiwan dan tumbuhan juga.

Rujukan: 

[1] - Averomalaysia

[2] - Great Smog of London

[3] - Maksud Pencemaran Udara

[4] - Atmosfera Bumi dan Tindakbalas Kimia Pencemaran Udara - Fazrul Razman Sulaiman  - Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Pahang