5+ Punca Nafas Berbau & Cara Mengatasinya

Semestinya seseorang itu akan mengalami rasa kurang menyenangkan atau berasa malu ketika hendak bercakap dengan seseorang sebabkan oleh nafasnya yang berbau tidur. Ia adalah masalah peribadi kadang kalanya agak memalukan bagi sesetengah orang.

Menurut portal MyHealth, nafas berbau atau dalam istilah perubatan, Halitosis adalahmerujuk kepada bau mulut yang kurang menyenangkan. 

Dikatakan, 90 peratusdaripadanya berpunca daripada bakteria dalam mulut dimana bakteria in imengeluarkan gas yang di panggil sebagai “volatile sulphur compound’ yang merupakan punca nafas berbau. 

Selain itu, terdapat juga punca disebabkan oleh  pengambilan beberapa jenis makanan ataupenyakit. Berikut di kongsikan punca-punca menyebabkan nafas berbau.

Punca-punca nafas berbau

1. Kurang menjaga kebersihan mulut

1.	Kurang menjaga kebersihan mulut

Fotokredit: mashable.com

Jika anda tidak menggosoknya gigi, berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang-kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur menyebabkan bakteria membiak dan menyebabkan kepada punca nafas jadi berbau. 

2. Pengambilan minuman berkafein dan beralkohol

2.	Pengambilan minuman berkafein dan beralkohol

Fotokredit:rd.com

Pengambilan minuman berkafein seperti kopi sebelum tidur menyebabkan mulut kering dan menyebabkan nafas berbau apabila bangun di waktu pagi.Begitu juga untuk yang mengambil minuman beralkohol. 

3. Penyakit gusi atau kerosakan gigi

3.	Penyakit gusi atau kerosakan gigi

Fotokredit: clinica-udaberri.com

Ulser disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dipanggilan oleh Helicobacter pylori dan bakteria ini menyebabkan mulut berbau.

4. Penyakit gastrik

4.	Penyakit gastrik

Fotokredit:sitarambhartia.sg

Sewaktu gastrik, asid yang berlebihan dalam perut akan keluar dan naik ke peti suara dan memberikan kesan kepadanya iaitu perubahan fizikal atau nafas berbau busuk.

5. Pengambilan makanan pedas dan masam

5.	Pengambilan makanan pedas dan masam

Fotokredit: csuraya.blogspot.com

Pengambilan makanan yang pedas dan  menyebabkan penghasilan asid yang tinggi dalam badan . Asid yang berlebihan ini akan meyebabkan punca nafas andaberbau

6. Makanan manis

6.	Makanan manis

Fotokredit:klikdokter.com

Pengambilan makanan yang manis seperti coklat, gula-gula, ais-krim dan makanan bergula lain membuatkan bakteria membiak dengan cepat jika tidak dibersihkan dengan segera. Bakteriaini menyebabkan punca mulut berbau.

Sumber :- Public Health Malaysia

Cara Mengatasinya :

Masalah nafas berbau sangat serius sehingga menyebabkan sesorang itu mengalami tekanan kerana kadang kala malu untuk berterus terang dengan orang yang terdekat. 

Oleh itu, untuk mengatasi masalah nafas berbau anda boleh mengurangkan pengambilan makanan yang menjadi penyebabnya. 

Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang hidup yang sihat juga boleh mengurangkan masalah ini dan akhir sekali berjumpalah dengan doktor gigi setiap tahun sekali untuk membuat pemeriksaan gigi anda supaya masalah ini tidak menjadi lebih teruk lagi.

Share² lah yerr..