Tempat Ini Menyediakan Percutian Di Atas Pelantar Minyak

Khas untuk mereka yang suka menyelam, ini destinasi menarik untuk anda cuba

Berehat di pelantar minyak dan pergi menyelam? wow, ini aktiviti menarik untuk dicuba.

Sebuah pelantar minyak lama yang tidak digunakan dikendali dan dijadikan tempat percutian yang eksklusif oleh Seaventures dimana pengunjung berpeluang untuk berehat diatas pelantar minyak dan melakukan aktiviti menyelam.

Terletak di Pulau Sipadan Sabah, Malaysia ia merupakan salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia. Lengkap dengan semua keperluan asas penginapan, Seaventures menjanjikan percutian yang seronok untuk anda.

Selain daripada aktiviti menyelam, anda juga boleh bermain ping pong, permainan video, mahjung, snuker atau berehat diatas pelantar minyak sambil menikmati keindahan pulau yang mengasyikkan ini.

Baca juga: Meluncur Dari Ketinggian 9,747 kaki Dengan Mountain Coaster

lihat video

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of