Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD 2019 (Informasi & Cara Mohon)

Ini adalah informasi ringkas berkatian jawatan pegawai tadbir dan diplomatik ptd 2019 untuk dari pelbagai cabang sumber yang sahih.

Kerjaya Sebagai PTD 2019 Malaysia

PTD (SPA)

Saban tahun permohonan sebagai “Pegawai Tadbir Dan Diplomatik” akan diadakan menerusi laman sesawang rasmi SPA (GOV) dimana setiap pengambilan perlu melalui fasa ujian, temuduga yang ditentukan sehingga mencapai tahap lantikkan ke jawatan tersebut.

PTD merupakan antara jawatan yang menjadi “favourite” pemohonan lepasan universiti dalam sektor kerajaan.

Apa maksud PTD ?

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau in english “Administrative and Diplomatic Office” merupakan pegawai seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta di pelbagai peringkat Kementerian dan Jabatan, Syarikat Milik Kerajaan (GLC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Badan² Antarabangsa yang berkelulusan ijazah.[1]

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Tugas sebagai seorang yang berjawatan PTD adalah Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat[2]

Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)[3]

IJAZAH SARJANA MUDAGRED M41 – RM2,422.00*
IJAZAH SARJANAGRED M41 – RM2,733.14
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PHD)GRED M41 – RM3,044.48
GAJI MAKSIMUMRM9,631.00
KADAR KENAIKAN TAHUNANRM225.00

Apa Syarat Untuk Mohon?[4]

Antara syarat bagi yang ingin memohon untuk jawatan ini adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari iklan jawatan yang dikeluarkan.
  • Ijazah sarjana muda kepujian atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Syarat Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Proses Pengambilan PTD

Proses Aliran PTD

PTD mempunya fasa-fasa pengambilannya sebelum lantikan ke jawatan yang dipohon antaranya adalah seperti carta alir yang kami tunjukkan diatas.

Peperiksaan Online PTD

Dahulu peperiksaan PTD adalah dalam format bertulis, namun sejak 2014 ujian untuk pengambilan pekerjaan sektor kerajaan melalui SPA semuanya melalui online.

Untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Ini ada 2 seksyen ujian bakal anda hadapi iaitu

  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya Penyelesaian Masalah

Kedua-dua seksyen ujian ini adalah bagi menguji tahap pemikiran anda, ianya tidaklah terlalu susah bagi level anda sebagai pemegang ijazah jika anda prepare lebih awal dengan soalan-soalan yang bakal di tanya, Boleh rujuk Contoh Soalan Ujian PTD.

Ujian Psikometrik / Ujian PAC (PTD ASSESSMENT CENTRE)

Step seterusnya jika anda melepasi “peperiksaan online ptd” adalah anda akan akan membuat Ujian PAC PTD, ujian pac adalah untuk pihak JPA mengenali calon yang betul-betul layak untuk pihak SPA membuat tapisan. ianya merupakan satu ujian wajib sebelum anda ke fasa “Temuduga” . Sebelum hadir ujian PAC ini, calon akan dikehendaki menjawab soalan Psikometrik (Personaliti diri)

3 Kreteria yang perlu anda tahu dalam ujian ini adalah :

Kualiti Personal – dalam erti kata lain tentang bagaimana tingkah laku diri anda, kualiti penampilan diri, keyakinan yang anda ada dalam sesuatu kerja, bagaimana gerak kerja anda dalam kumpulan, dan potensi kepimpinan yang anda ada.

Pengetahuan – Bagaimana kematangan idea dalam kerja

KemahiranBerkomunikasi dengan baik dalam apa jua keadaan, boleh berucap awam dan berkebolehan dalam debat persis di parlimen.

*Tambahan bagi calon PTD yang sampai fasa ini, anda akan menjalani ujian kecergasan fizikal iaitu 1 minit bangun tubi dan ujian “bleep test” 20 meter lari ulang alik.

Temuduga PTD

Fasa terakhir sebelum anda diserap sebagai penjawat jawatan ptd adalah temuduga, ada beberapa soalan femes yang selalu ditanya antara seperti paparan dibawah ini. namun ini hanyalah sekadar contoh, sentiasa siap sedia dgn pengetahuan isu sesama Malaysia.

Rujukan

  1. ˄ Apa Itu PTD? (Wikipedia)
  2. ˄ Tugas PTD (SPA.GOV.MY)
  3. ˄ Tangga Gaji (SPA.GOV.MY)
  4. ˄ Syarat Permohonan (SPA.GOV.MY)
Share² lah yerr..