‘Pokedrone’ Alat Yang Akan Membantu Anda Menangkap Pokemon Dengan Mudah

Dengan menggunakan Pokedrone, anda tidak perlu bersusah payah untuk cari dan tangkap pokemon lagi.

Selepas permainan Clash Of Clans, kini permainan Pokemon Go pula mendapat sambutan di seluruh dunia dan kali ini lebih dashyat. Boleh dikatakan, di internet isu permainan Pokemon Go ini memang sedang hangat dibicarakan.

Lebih panas daripada goreng pisang panas!

Baca: ‘Pokemon Go’ Kembalikan Zaman Kanak-Kanak Dalam Dunia Sebenar

Yang menariknya tentang permainan Pokemon Go ini adalah dimana anda terpaksa bekerja keras untuk menangkap Pokemon. Berlari, memanjat atau apa sahaja yang patut dilakukan untuk menangkap Pokemon di alam realiti. Huh! Memang mencabar. Permainan yang bukan sekadar permainan. Dalam masa yang sama boleh dijadikan senaman dan tentunya sangat baik untuk kesihatan bukan?

Berbalik kepada cerita Pokemon Go, seperti permainan yang lain pasti ada sahaja helah atau rahsia untuk menipu didalam permainan (cheats). Sebuah syarikat, TRNDlabs telah mengeluarkan dron khas untuk permainan Pokemon Go digelar sebagai ‘Pokedrone’.

Pokedrone ini akan disambungkan pada peranti anda melalui sambungan wi-fi, ia juga memerlukan sambungan GPS untuk berfungsi. Kamera yang ada pada Pokedrone ini akan menggantikan kamera pada telefon anda. Dengan menggunakan Pokedrone, aktiviti memburu Pokemon akan menjadi lebih mudah.

Tinggal kawal dan pantau sahaja melalui telefon, anda bebas terbang ke udara dan mulakan aktiviti memburu dengan cara yang lebih seronok. Berminat dengan Pokedrone ini, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah $69 sahaja seunit.

Maklumat lanjut: TRNDlabs

Sementara anda disini masih lagi menunggu pengumuman Pokemon Go secara rasmi di Malaysia

Sementara anda disini masih lagi menunggu pengumuman Pokemon Go secara rasmi di Malaysia

Categories news