Permohonan UPU Online 2020 Lepasan SPM dan STMP/Setaraf

Ini adalah panduan bagaimana membuat permohonan upu secara atas talian online untuk lepasan spm serta stpm/setaraf

Permohonan UPU 2020 Online

permohonan upu

Bagi pelajar dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf  dengannya dan ingin membuat permohonan secara dalam talian (online) untuk kemasukan upu universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) boleh dilakukan pada tarikh permohonan upu dibuka iaitu 25 Februari 2020

Menurut Laman web dan sosial media  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pendidikan Tinggi telah memaklumkan, permohonan boleh dibuat melalui laman web iaitu upu.moe.gov.my bermula jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 02 April 2020.

Pemohonan yang ingin membuat permohonan anda hanya perlu ke laman sesawang borang permohonan upu di

  1. upu.mohe.gov.my ATAU
  2. online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/

*Dibuka apabila tarikh buka permohonan dimaklumkan

Dibawah merupakan carta alir bagaimana proses membuat permohonan upu yang perlu anda lakukukan

  1. Beli No Pin UPU unik ID Di BSN
  2. Pastikan Kategori Anda Spm atau STPM/Setaraf
  3. Layari Portal Rasmi UPU
  4. Semak Kecenderungan Minat di UPUTag
  5. Sila Semak Syarat Kelayakan AM/Khas
  6. Semak Syarat Epanduan
  7. Isi Permhonan Upu ONLINE
  8. Wajib Isi Maklumat Bertanda (*)
  9. Pilihan Program Ikut Keutamaan (Untuk Asasi Rujuk, Senarai Program Asasi UA)
  10. Isi Hingga Lengkap
  11. Ketik Sah & Hantar
  12. Cetak Slip
  13. Simpan Slip Permohonan
  14. Semak dan Kemaskini Permohonan

Pembelian No PIN UPU BSN

Pembelian nombor pin upu secara individu boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM15.60. – Rujukan (Mybsn)

Semak Syarat Kelayakan

Sebelum anda membuat sebarang permohonan sila semak syarat kelayakan upu anda terlebih dahulu, supaya ianya sesuai dengan kelayakan akademik anda.

Semakan boleh dibuat melalui :

  1. ePanduan UA
  2. ePanduan TVET
  3. Semak MQA

Dah selesai membuat permohonan anda hanya perlu menunggu tarikh untuk semakan keputusan upu anda sahaja sama ada layak ditawarkan di mana-mana universiti pilihan anda atau tidak.

Cara Mohon Lepasan SPM/STPM/Setaraf (Lebih Detail)

Step 1 – Anda yang ingin membuat permohonan upu sila ke laman sesawang borang permohonan upu 2020 seperti di

  1. upu.mohe.gov.my ATAU
  2. online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/

LAMAN UTAMA DAN PENDAFTARAN

Rajah 1.1

Step 2 – Pada paparan Log Masuk (Login), anda hanya perlu masukkan ‘No Kad Pengenalan’, ‘Kata Laluan’ serta ‘Program Pengajian’ bagi membolehkan anda login masuk ke sistem

Nota : Anda Daftar Akaun Baru bagi mendapatkan Kata Laluan. PERINGATAN !!!

Step 3 – Anda perlu membuat ‘Daftar Akaun Baru’ untuk membolehkan anda Login dan seterusnya boleh akses untuk membuat permohonan kemasukan ke IPTA, Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Nota : Kalau nak buat permohonan untuk orang lain sila selesaikan permohonan anda terlebih dahulu

Rajah 1.2: Laman Daftar Akaun Baru

Step 4 – Apabila berada di ruangan Daftar Akaun Baru (new account), anda perlu isi maklumat pemohon, dan Maklumat Keselamatan Akaun seperti katalaluan (Password) dan sebagainya. Semua maklumat ini WAJIB diisi.

Step 5 – Anda diwajib untuk mengisi No. Kad Pengenalan/MyKAD yang original tanpa tanda ‘-‘. Sila pastikan juga No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101

Step 6 – Anda diwajibkan mengisi dan memasukan email yang SAH

Step 7 – Anda wajib isi Nama Ibu. Masukkan nama yang ringkas dan senang ingat, ianya penting jika anda lupa password

Step 8 – Anda wajib isi Kata Laluan (Password). Password anda mestilah dengan gabungan nombor dan huruf atau angka dan huruf di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b dan seangkatang dengannya.

Step 9 – Anda wajib isi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama macam kata laluan yang anda buat diatas untuk kali kedua.

Step 10 – Anda wajib isi Kod Keselamatan (captcha). Pastikan sama, kalau salah atau tak jelas refrech kod tersebut

Step 11 – Dah sattle isi semua klik ‘Daftar’ untuk selesaikan pendaftaran.

KATEGORI SPM/SETARAF

Rajah 1.3: Info Permohonan

Step 12 – Dah berjaya Log Masuk, Tekan butang ‘Permohonan’ pada sebelah kiri laman untuk anda buat permohonan

Rajah 1.4: Pilihan kategori

Step 13 – Untuk makluman, sila rujuk ‘Kategori’ pada Laman Utama.

KATEGORI LEPASAN STPM/SETARAF

Rajah 1.5: Pilihan kategori Stpm/Setaraf
Rajah 1.6: Pilihan kategori Stpm/Setaraf

BORANG MAKLUMAT PERIBADI

Rajah 2.1: Maklumat Peribadi

Step 14 – Wajib isi semua maklumat peribadi yang diminta terutamanya yang bertanda (*)

  • No Kad Pengenalan/MyKAD
    • Dah ada dalam sistem (automatik)
  • No Kad Pengenalan/MyKAD (semasa pendaftaran peperiksaan)
    • Kadang kalau kad anda berbeza sila guna yang anda gunakan semasa daftar peperiksaan dulu
  • Alamat Surat Menyurat : Ini Wajib isi
    • Sila pastikan alamat anda beri tepat dan betul.
    • Kalau silap apa-apa jadi susah nak hubungi
  • Bandar : Ini Wajib isi
  • Poskod : Ini Wajib isi
    • Poskod nombor je, tanpa hurug
  • Negeri : Ini Wajib isi
  • Telefon Rumah/Telefon Bimbit : Ini Wajib isi
    • Anda wajib mengisi salah satu atau kedua-dua nombor telefon
    • Salah isi boleh menyebabkan anda gagal dihubungi
  • Telefon Telefon Bapa/Ibu/Penjaga : Ini Wajib isi
    • Alternatif jika anda tidak dapat hubungi
  • Emel : Ini Wajib isi
    • Masukan alamat emel yang mengikut format
  • URL Video (Jika ada)
    • Maklumat ini tidak wajib diisi dan boleh meletakan URL Video mengenai diri anda sekiranya ada seperti (URL Youtube sahaja).
  • Tempat Lahir : Ini Wajib isi
    • Letak negeri tempat anda lahir
  • Taraf Perkahwinan : Ini Wajib isi
  • Pemohon wajib mengisi maklumat Kecacatan (OKU)
    • Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
    • Jika ’Ya’, Sila pilih jenis cacat dari senarai yang disediakan
      • Hanya Jenis Cacat 1 sahaja wajib diisi
      • Jenis cacat 2 adalah pilihan dan boleh diisi sekiranya ada kecacatan lain.
      • Jenis cacat 1 dan Jenis cacat 2 tidak boleh sama
    • Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan
    • No. Pendaftaran OKU (Jika ada)
    • Keterangan Cacat. Sila klik ’Contoh’ sebagai panduan.
  • Ketik SETERUSNYA untuk menyimpan dan akan ke halaman seterusnya
Rajah 2.3 Pilihan OKU

BORANG MAKLUMAT KELUARGA

Rajah 3.1: Maklumat Keluarga

Step 15 – Lengkapkan semua maklumat keluarga yang diperlukan

  • No Kad Pengenalan Bapa/Penjaga: Ini Wajib isi
    • Tanpa tanda ‘-‘. Contoh: 123456789101
  • Pertalian Bapa/Penjaga Dengan Calon : Ini Wajib isi
  • No Pendaftaran OKU (Jika Ada)
  • No Kad Pengenalan Ibu/Penjaga : Ini Wajib isi tanpa (-)
  • Pilih maklumat kaum anda
  • Pertalian Ibu/Penjaga Dengan Calon : Ini Wajib isi
  • No Pendaftaran OKU (Jika Ada)
  • Pilih maklumat pertalian dengan calon
  • Tempat Tinggal : Wajib diisi
  • Pilih maklumat status pekerjaan
  • Tanggungan Keluarga : Ini Wajib isi
  • Pendapatan Keluarga : Ini Wajib isi
  • Ketik SETERUSNYA untuk menyimpan dan akan ke halaman seterusnya

BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)

Rajah 4.1 Maklumat Akademik (SPM)

Step 16 – Angka Giliran SPM dan Tahun SPM anda akan dipaparkan secara automatik

Step 17 – Kalau ada STPM letak sekali

Step 18 – Ketik SETERUSNYA untuk menyimpan dan akan ke halaman seterusnya

LUPA KATA LALUAN

Rajah 5.1: Menu lupa kata laluan
Rajah 5.2: Paparan lupa kata laluan

Step 19 – Sila masukkan maklumat seperti yang deminta untuk Reset kata lalaun (password)

Step 20 – Dah Sattle tekan butang Hantar, pastu semak di email anda untuk kata laluan baru

Final Step – Itulah serba sedikit cara untuk membuat permohonan upu terkini.

Jom Masuk IPT 2019

Dimaklumkan juga bagi anda yang nak mendapatkan info berkaitan UPU secara lebih mendalam, anda boleh terus ke karnival Jom Masuk IPT 2019 yang berlangsung di 6 tempat pada bulan mac ini.

Share² lah yerr..
Categories Upu